Tuesday, September 4, 2012

Karangan Ucapan (Majlis Perpisahan)

Soalan

Sebagai ketua murid, kamu dikehendaki menyediakan teks ucapan untuk majlis perpisahan. tulis teks kamu selengkapnya. Panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Model jawapan

      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk berucap di majlis perpisahan ini.

     Tahun ini merupakan tahun yang terakhir kami murid-murid tahun enam berada di sekolah ini. Kami akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah selepas ini. Sememangnya agak berat kaki melangkah namun kami terpaksa pergi juga.

    Sepanjang enam tahun kami di sini banyak ilmu dan pengetahuab yang kami peroleh. Jasa-jasa guru di sini tidak akan kami lupakan. Tanpa tunjuk ajar serta bimbingan guru-guru, kami tidak akan berjaya dengan cemerlang.Hasil usaha dan pengorbanan guru-guru kami telah berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

     Saya juga berharap rakan-rakan semua akan sentiasa mengingati semua jasa-jasa guru kita bila berada di sekolah baru nanti dan janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit. Tanpa guru-guru hari ini, tiadalah kejayaan pada masa depan.

     Akhir kata saya mewakili semua murid tahun enam, ingin meminta maaf daripada semua guru. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment